Fashion Products

Search: PositionHOME > Household Appliances > Hundilah saya, kad raya dan open house.
0 Vote

Hundilah saya, kad raya dan open house.

  Post at : 2008-10-31 11:22:39   View:45  Zoom:【B M S】  

Hundilah Saya


Not really undi lah. Rate kat Art On Display. Anna dah lama perasaan (pembaca: memang pon ko perasan!) bukan perasan yang tu laa, perasaan as in 'to take notice'. Tapi aku memang perasan pon (pembaca: tau takpa)

Chuih! Ahax, dah lama dah notice yang website Anna kat situ, pastu memasa awal tu rating dia cam weng jek sket. Anna rate la diri sendiri ngan 5 stars kan, pastu banyak kali plak tu nak upkan rating. Haha. Angkat bakul sendiri betullah aku ni. Tapi tah dia cam tak betul. Dia tetap jadik 1 star. Tak puas hati aku.

Skang ni dah okay dah kot. Tak pon memang orang rating aku rendah gila tak tau lah kan. Yelah Anna punya artworks mana best pon. Kan. Kan. Kan...

Jadi, silalah ke page saya di:
http://artondisplay.net/?p=69

Berikanlah bintang-bintang padaku. Pastu cuba korang tengok kat sidebar kanan tu. Most Rated, nama Mukhriz Latif, Saiful Nang, dan Udey Ismail, geng Candid Syndrome. Ish ish ish, tak patot. Ahaha kidding, they are good at what they do, dan mereka juga sahabat saya. Mintak maaf ye. Korang memang hebat! Tapi aku pon nak gak berada di dalam ranking korang tu wehhh. Apa nieh, tak aci nieh. Arrghhhhhhhhh.

Okay, jadi. Silalah ke http://artondisplay.net/?p=69. Ish, berapa kali nak khabaq ni? Okay, dua cukuplah. Then kalau rajin tinggalkanlah komen dan kasih sayang ye di sana.

Kad Raya


So far Anna dah terima 23 alamat untuk hantar kad raya. Dalam poll setakat ni, 77 mau kad raya dan lagi 16 tu tak mau.

Ni tak buat apa design pon lagi. Korang janganlah expect yang tebabow. Wat biasa saja, sekadar pengganti diri (pergh, ayat). Pastu kalau ramai, kena pikir solution untuk jimat kos kan. Uhuhu. Dululah, pepandai wat sampul surat kuning, kan dah kena postage stamp lebih. Ampeh. Tapi takpa, ikhlas, cuma harus bijak juga merancang. Kan?

Pastu, Anna tengok ramai gak ahh sampai ke page Anna ni dari mengoogling 'kad raya', 'design kad raya', 'design kad raya terbaru', 'kad raya buatan sendiri/tangan' pastu 'kad raya aku' ke apa tah. Lebih kurang gitu lah. Ish, kalau aku wat bisness jual kad raya, laku gak ni. Kayo den!

Risau gak ni, kalau tak terbuat kan. Insya-Allah akanku usahakan!!

Open House


Tahun ni of course, Raya pertama, kedua di Perlis. Buat pertama kali tidak beraya kat sini. Uhuk, mesti agak sayu, sket je lah. Anna pun sangat selesa dan serasi ngan keluarga Pitt. Bersyukur sangat. Takdalah nak kena kontrol ayu, kira Anna jadik myself lah.

Okay, pastu taktau lah, mungkin balik sini raya ke-3 ke ke-4, tengok camna. Jadi Anna ngan Pitt nak wat la open house sebagai pasangan suami isteri buat pertama kalinya. Tapi sebab kami duk rumah parents Anna, takleh la nak ajak reramai. Pitt plan nak ajak staff dia ngan member dia sket. Anna member skolah sket, member uni sket, member kolej sket, dan yang lain-lain sket.

Kalau boleh, nak ajak korang suma. Tapi satu, ni bukan rumah kami. Dua, eee takutlah. Mana tau korang ni pembunuh bersiri ke kan. Hah, korang tak takut? Mana tau kami ni pasangan pembunuh bersiri. Kitorang letak ubat dalam rendang, nasik himpit, biskut raya. Pastu korang pengsan, sedar-sedar kat dalam sebuah rumah yang usang, diikat tangan kaki di batang paip. Haha, ni kes tengok citer Saw la nieh.

Anna tak suka sangat citer yang horror, seksa potong-potong orang ni. Tapi Saw ni cam lain sket. Dia cam satu puzzle, so agak intruiguing lah. Tapi banyak je forward-forward. Citer hantu suka je, tapi yang pesen melibatkan menyakitkan manusia tu cam ngeri sket. Sebab benda cam tu memang boleh berlaku di tangan orang yang psycho atau terlalu jahat. Eeee. Takut.

Teringat plak kes Allayarhamah Raja Noriana Raja Ahmad. Kenapalah manusia kejam sangat. Hmmm. Kesianlah kat anak-anak ngan suami dia. Ada terbaca lanjutan berita ni, anak dia kata, memang dia tak akan boleh lupakan jeritan mak dia. Haish, sedihnya. Camna la Raya diorang nanti. Hmm, dugaan.

Jadik sedih plak entri nieh.

Berbalik pada open house, Anna mungkin akan ajak beberapa para bloggers yang Anna rasa close dari segi jiwa dan tempat tinggal. Ahaha. Kalau duk rumah sendiri, bolehla buat lebih terbuka dan ajak lebih ramai kan. Tapi ni duk umah parents, terpaksalah ku limitkan.

Hah, tapi kalau korang nak ajak I, I terima je ngan peruthati terbuka. Tak kisahlah close tak close, kami belasah je. Ewah. Ni pun ada yang ajak singgah kat rumah mereka di belah Utara nun, Kedah, dalam perjalanan balik dari Perlis. Insya-Allah. Kalau kitorang gerak awal pagi ke, mungkin sempat singgah. Sebab ada gak member kitorang duk sana. So yeah, alang-alang tu ke, kan?

*terhidu sesuatu*

Okay, mandi taim. Bai.

{ANNA}


Make a comment
Name:Website:

Links

RSS - SiteMap - Top